Isnin, 3 Disember 2012

ADIK bunuh ABANG tanpa sengaja tumbuk kepala belakang bertubi-tubi hingga meninggal


Perkelahian dua beradik lelaki yang bermula dengan gurauan berakhir dengan tragedi apabila si abang menghembuskan nafas terakhir akibat terkena tumbukan bertubi-tubi di belakang kepala oleh adiknya.
Kejadian pukul 8 malam kemarin berlaku di ruang tamu kediaman keluarga pensiun tentera di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas di sini menyebabkan korban, Muhamad Asyraf Muhamad Shukri, 17, cedera di kepala.
Asyraf yang dibawa ke rumah sakit Pulau Pinang (HPP) oleh tetangga disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam.
Korban yang merupakan anak pertama daripada tiga beradik kepada seorang anggota tentera itu baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setinkat SMA, pada Senin lalu dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Raja Tun Uda, Jalan Tengah di sini.
Tertuduh anak kedua yang berusia 16 tahun pula dikatakan hanya bersekolah hingga tingkatan tiga (Kelas 3 SMP) dan kini bekerja sambilan membantu seorang rakan berniaga di sebuah gerai burger di Sungai Ara.
Pertengkaran tersebut bermula pada pukul 7 malam apabila tertuduh yang sedang bermain komputer riba tiba-tiba mengganggu adik perempuannya yang berusia empat tahun yang ketika itu baru masuk ke rumah selepas bermain.
Si abang yang ketika itu sedang baring di atas sofa sambil menonton televisyen tiba-tiba bangun lalu marah tertuduh dengan menendang adiknya itu di badan.
Si adik pun marah dengan tindakan abangnya terus menerkam dan menumbuk korban di bahagian kepala berkali-kali hingga mangsa rebah ke lantai lalu pengsan.
Sesampai di rumah sakit sang abang disahkan telah menghembuskan napas trakhir. 
Sang Ibu menerima kejadian ini sebagai takdir yang Maha Kuasa dia redha dengan kejadian tersebut. Saya tetap memaafkan dia, kata ibu Nayati Man sambil memeluk sang adik yang menjadi asal mula tragedi.