Khamis, 2 Jun 2011

Campak bayi dari pangsapuri tingkat 5

Memang dunia sudah EDAN. Baru sahaja kemaren aku posting koleksi bayi yang dibuang oleh manusia berhati binatang berjiwa syaitan. Eeeh....hari ni dah adalagi berita pembuangan bayi. Cuba anda bayangkan jika bayi yang dicampak dari tingkat lima pangsapuri Sentul utara malam kemaren, andai kata saat dibuang bayi itu masih hidup! Oooh....KEJAMNYA.

Padahal dua tiga hari lepas untuk pengetahuan anda ada juga satu kes bayi hasil luar nikah. Tapi sang ibu muda yang melahirkan di kem pelatih PLKM masih punya perikemanusiaan agak secuil. Dia tidak campak anaknya kedalam tong sampah atau ke dalam parit busuk. Dua hari sang bayi cukup sifat yang sudah tak bernyawa disimpannya dalam almari bilik kem tempat ia berlatih.

Kemudian entah faktor apa yang membuat sang ibu berubah pikiran lalu membawa bayi ke balai polis, wanita itupun ditahan untuk siasatan. Macam2 boleh berlaku jika umat manusia menjauhkan diri dari ajaran agama. Apa yang kita sedih kebanyakan kes pembuangan bayi sebagian besar melibatkan bangsa Mel***.

Kejadian yang kemaren diperkirakan pelaku berniat campakkan bayi itu langsung dalam tong sampah tapi tersasar sehingga bayi yang dibungkus beg plastik terhempas ke jalan aspal akibatnya kepala bayi pecah benak bertabur.
Bayi malang berkelamin lelaki cukup sifat ditemui seorang wanita 40th ketika ia hendak cari tempat perkir kereta ternampak beg plastik penuh darah saat diamati ternyata bayi baru dilahirkan masih bertali pusat.

Terkejut dengan penemuan itu, wanita berkenaan segera memaklumkan kejadian tersebut kepada jirannya yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dalam kejadian pukul 12 tengah malam, pihak polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik sahaja tiba, polis melakukan pemeriksaan menyeluruh dan turut menemui uri bayi itu di dalam bungkusan plastik tersebut.

Dari sumber lain mengatakan ada seorang saksi melihat lelaki membuang tilam dan kain penuh darah ke dalam tong samapah 
Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan